Home Nasional Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Sarawak, Sabah, Labuan sehingga 12.00 tengah hari
Nasional

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Sarawak, Sabah, Labuan sehingga 12.00 tengah hari

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Sarawak, Sabah, Labuan sehingga 12.00 tengah hari

Foto hiasan

PETALING JAYA, 4 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 12.00 tengah hari ini.

MET Malaysia menerusi kenyataan berkata kawasan terlibat di negeri Sarawak seperti Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri).

Manakala di Sabah seperti pedalaman (Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau).

Sementara itu, hujan berterusan kategori waspada dijangka bagi beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini hingga 6 Januari (Isnin).

\”Di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi)\”, menurut kenyataan MET Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca atau media sosial rasmi jabatan tersebut.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...