Home Nasional Ribut, hujan lebat sebabkan enam buah rumah di Pendang rosak
Nasional

Ribut, hujan lebat sebabkan enam buah rumah di Pendang rosak

Ribut, hujan lebat sebabkan enam buah rumah di Pendang rosak

Hujan lebat dan ribut melanda Mukim Ayer Puteh, Pendang

PENDANG, 8 November- Enam buah rumah di dua buah kampung di Mukim Ayer Puteh, Pendang, Kedah rosak selepas dilanda hujan lebat dan ribut, petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Lt. (PA) Yuslina Yusoff berkata, hujan dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Pendang pada pukul 2.45 petang tadi.

Namun pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian ribut pada pukul 7.05 malam.

\”Ia melibatkan dua buah rumah di Kampung Bukit Cepat dan empat rumah di Kampung Kobah yang mengalami kerosakan termasuk bumbung diterbangkan angin,\” kata Yuslina Yusoff.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian itu.

Menerusi rakaman video ia turut memaparkan bumbung beberapa buah rumah turut diterbangkan ketika kejadian.

Dalam pada ituAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati dan terus menghubungi pihak atau agensi penguatkuasa berkaitan untuk mendapatkan bantuan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....