Home Nasional Remaja perempuan hilang ditemukan selamat di stesen bas
Nasional

Remaja perempuan hilang ditemukan selamat di stesen bas

Remaja perempuan hilang ditemukan selamat di stesen bas

Nur Aina Faqihah Sharizan, 17 tahun/IPD Bentong

KUANTAN, 23 Julai- Remaja perempuan, Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai, ditemukan selamat di sebuah stesen bas di Triang, Bera, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Penguasa Polis (SP) Zaiham Mohd Kahar berkata, gadis itu ditemukan orang awam pada pukul 2.30 petang dan telah dibawa ke balai polis berdekatan.

\”Remaja itu ditemui dalam keadaan stabil dan kita akan bawa ke hospital untuk pemeriksaan bagi keperluan siasatan. Kita juga akan rakam percakapan remaja itu sebelum diserahkan kepada keluarga,\” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja selepas dilaporkan hilang di Lurah Bilut, Bentong.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...