Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Remaja perempuan 14 tahun hilang di Alor Setar
Nasional

Remaja perempuan 14 tahun hilang di Alor Setar

Remaja perempuan 14 tahun hilang di Alor Setar

Siti Alia Umairah Naim berusia 14 tahun mempunyai berat 58 kg dan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya

ALOR SETAR, 29 JULAI – Polis Daerah Kota Setar sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten komisioner, Siti Nor Salawati Saad berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Siti Alia Umairah Naim berketinggian 158 sentimeter keluar dari rumah keluarganya semalam dan tidak pulang sehingga kini.

“Siti Alia berat 58 kilogram (kg) dan mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman facebook hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan Siti Alia Umairah diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, IPD Kota Setar, Sarjan Siti Hajjar Abd Gani di talian 04–7747222 atau 012–7934731.

Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis yang berhampiran.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...