Home Nasional Remaja menyamar sebagai doktor, KPM sedang kenal pasti status remaja terlibat
Nasional

Remaja menyamar sebagai doktor, KPM sedang kenal pasti status remaja terlibat

Remaja menyamar sebagai doktor, KPM sedang kenal pasti status remaja terlibat

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

KUALA NERUS, 10 Ogos – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti status sebenar remaja 14 tahun yang menyamar sebagai doktor di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata perkara itu mengejutkan banyak pihak dan siasatan terperinci berhubung kes terbabit sedang dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh perkara tersebut termasuk keberadaan remaja itu dalam tempoh seminggu menyamar sebagai pegawai perubatan.

\”Siasatan kes ini memerlukan pihak yang mengambil tanggungjawab penuh seperti ibu bapa dan yang terlibat secara keseluruhan dalam kes ini.

\”Ibu bapa perlu juga ambil perhatian penuh serta bertanggungjawab bagi memastikan di mana anak mereka berada pada setiap masa,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempori Pengakap Madani peringkat Kebangsaan, di sini.

Dalam perkembangan lain, mengenai kes melibatkan dua wanita termasuk guru besar sebuah sekolah yang cedera selepas ditikam seorang lelaki bersenjatakan pisau pada Jumaat, Fadhlina berkata pihak KPM akan memperketat kawalan keselamatan di kawasan sekolah.

Ini termasuk mempertingkat kawalan pengawal keselamatan, pentadbiran dan warga sekolah.

\”Penyediaan kawalan keselamatan adalah tanggungjawab kita di mana pengawal dan pentadbir sekolah harus tingkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak insiden tidak diingini.

\”Setiap sekolah kita mesti selamat, sebab itu komitmen kita tinggi bagi memastikan semua yang berada dalam kawasan tersebut selamat,\” katanya.

Related Articles

ATM pamer 264 aset sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia
Nasional

ATM pamer 264 aset sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia

Foto RTMPORT DICKSON, 5 Oktober-Seramai 134 Pegawai dan 1395 lain-lain pangkat terlibat...

Semua anggota Pasukan MALBATT 850-11  dalam keadaan selamat
Nasional

Semua anggota Pasukan MALBATT 850-11 dalam keadaan selamat

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman/...

Insiden kekecohan warga Palestin di Wisma Transit masih dalam siasatan
Nasional

Insiden kekecohan warga Palestin di Wisma Transit masih dalam siasatan

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Seri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman...

Selangor harap projek penting tersenarai dalam Belanjawan 2025
Nasional

Selangor harap projek penting tersenarai dalam Belanjawan 2025

Datuk Seri Amirudin ShariSHAH ALAM, 5 Oktober- Selangor berharap beberapa projek penting...