Home Nasional Remaja maut, rakan cedera motosikal bertembung lori
Nasional

Remaja maut, rakan cedera motosikal bertembung lori

Remaja maut, rakan cedera motosikal bertembung lori

Seorang remaja maut apabila motosikal dibonceng bertembung dengan sebuah lori di kilometer 20 Jalan Lipis-Merapoh, di sini pada Khamis

LIPIS, 12 Julai – Seorang remaja maut apabila motosikal dibonceng bertembung dengan sebuah lori di kilometer 20 Jalan Lipis-Merapoh, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendent Ismail Man berkata siasatan mendapati, pemandu lori dari arah Ladang Selborne dalam perjalanan balik ke Kampung Selindang.

Manakala penunggang dan pembonceng motosikal berusia 14 tahun baru selesai kelas mengaji di Kampung Gua dalam perjalanan menghala ke Kampung Padang Tengku Lipis.

\”Ketika sampai di simpang tiga, motosikal berkenaan bertembung dengan lori yang bergerak di laluan terus.

\”Mangsa, Nor Arisya Husniyah Azli meninggal dunia di lokasi, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,\” katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Polis turut memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....