Home Nasional Redah lima jam perjalanan demi durian Tembaga Sarikei
Nasional

Redah lima jam perjalanan demi durian Tembaga Sarikei

Redah lima jam perjalanan demi durian Tembaga Sarikei

Longgokan durian segar memenuhi kawasan Terminal Ekspres Sarikei, menjadi tarikan utama pengunjung dari seluruh negeri sepanjang musim buah-buahan

SARIKEI, 31 Disember – Terminal Ekspres Sarikei, yang biasanya sibuk dengan deretan bas ekspres dan penumpang, bertukar wajah setiap kali musim buah-buahan tiba.

Dari jauh, aroma durian yang kuat mula menusuk ke rongga hidung, selain deretan gerai yang penuh dengan jualan buah-buahan segar dari kampung tempatan.

Di sinilah tempatnya penggemar durian berkumpul, bukan sekadar untuk membeli tetapi untuk merasai pengalaman menikmati hasil terbaik bumi Sarikei.

Durian Tembaga menjadi bintang utama—dengan isi keemasannya yang lembut berkrim, rasa lemak manis yang sempurna.

Tinjauan RTM baru-baru ini mendapati pengunjung tidak melepaskan peluang menikmati keenakan buah durian tempatan terkenal di Sarikei, termasuk durian tembaga yang sering menjadi sebutan.

Bagi Azis Abu Samah dari Kuching, perjalanan lebih lima jam untuk mendapatkan durian tembaga Sarikei dianggap berbaloi.

“Ini kali pertama saya datang ke sini selepas mendengar cerita rakan-rakan tentang durian tembaga yang sukar didapati di Kuching. Memang tidak mengecewakan,” katanya.

Selain itu, Hasnan Rasdan dari Sibu turut berkongsi pengalaman membeli durian di Sarikei yang dikatakan lebih murah berbanding tempat lain.

“Saya beli tiga bakul durian hanya RM100, manakala bakul keempat RM35. Buahnya memang mantap dan berkualiti,” ujar beliau yang membeli durian untuk keluarganya.

Sementara itu, peniaga durian tempatan, Mohd Sabri Let, menjelaskan musim kali ini menawarkan pelbagai jenis durian, termasuk durian kampung yang sentiasa mendapat sambutan hangat.

“Durian kampung tetap menjadi pilihan utama kerana rasanya lebih istimewa. Sekarang ini, pelanggan lebih suka beli yang sudah ditompok berbanding timbang,” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....