Sunday , 17 November 2024
Home Nasional Raptai penuh sambutan Hari Pahlawan 2024 berjalan lancar
Nasional

Raptai penuh sambutan Hari Pahlawan 2024 berjalan lancar

Raptai penuh sambutan Hari Pahlawan 2024 berjalan lancar

Foto: Tentera Udara Diraja Malaysia

PUTRAJAYA, 29 Julai– Raptai penuh Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2024 anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berjalan lancar di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini, menjelang acara kemuncak pada Rabu.

Walaupun ditangguhkan kira-kira satu jam 15 minit kerana hujan lebat, kesemua anggota perbarisan tetap mengekalkan momentum dan semangat juang pahlawan untuk menyambung kembali perbarisan bagi memastikan istiadat tersebut berjalan lancar.

Dimulakan semula kira-kira pukul 9.15 pagi, perbarisan terdiri daripada 18 pegawai dan 677 anggota lain-lain pangkat gabungan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Leftenan Kol Abang Raduan Abang Madihi dari TUDM, mengambil bahagian dalam istiadat perbarisan tahunan itu.

Perbarisan turut disertai Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadualkan menghadiri Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2024.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sambutan Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai sebagai memperingati perjuangan serta pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan dianjurkan secara secara bergilir antara ATM dan PDRM sejak 1968.

Persembahan pantomim ‘Op Subuh’ dan deklamasi sajak ‘Jenalik Berdarah’, dijangka menarik perhatian pengunjung pada sambutan kali ini.

Dataran Pahlawan menjadi lokasi bagi istiadat itu sejak 2010, di mana sebelum ini istiadat itu diadakan di Tugu Negara, Kuala Lumpur.

Related Articles

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20
Nasional

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20

Foto FailLIMA, 17 November– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba...

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS
Nasional

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS

Foto RTMTANJUNG DAWAI, 17 November– Tahap kesedaran orang ramai ketika berkunjung ke...

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Nasional

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Foto IPD Seri AlamJOHOR BAHRU, 17 November-Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas...

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Nasional

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi

Foto Facebook Tengku ZafrulLIMA, 17 November– Kerjasama erat antara ASEAN dan Kerjasama...