Home Nasional Rangka Kerja Holistik Makmal Analisis Makanan Kebangsaan, atasi krisis keselamatan makanan
Nasional

Rangka Kerja Holistik Makmal Analisis Makanan Kebangsaan, atasi krisis keselamatan makanan

Rangka Kerja Holistik Makmal Analisis Makanan Kebangsaan, atasi krisis keselamatan makanan

Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA, 2 Ogos- Rangka Kerja Holistik Makmal Analisis Makanan Kebangsaan akan dilaksana bagi tempoh sepuluh tahun akan datang.

Ia hasil daripada keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) ke-17, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan itu dapat memperkukuh keupayaan analisis makanan negara, di samping mengatasi krisis keselamatan makanan.

Tambahnya, mesyuarat itu juga bersetuju untuk melaksanakan penandaan kalori pada menu di premis makanan.

\”Ini merupakan kajian rintis Putrajaya yang rata-ratanya ada sokongan yang agak tinggi 98 peratus dalam satu kajian yang dibuat oleh UPM (Universiti Putra Malaysia)bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), meskipun daripada sudut amalan masih lagi di tahap yang tidak begitu tinggi, kurang daripada 40 peratus.

\”Jadi kita perlu tingkatkan lagi usaha, apa yang dikatakan sebagai literasi pengetahuan supaya kalori \’tagging\’ ini yang merupakan satu item ataupun agenda.. kita sentiasa peka dengan isu kalori,\” katanya selepas Majlis Pelancaran Portal Aspirasi Pemakanan Rakyat (ASPERA) di KKM di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....