Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional Rangka baharu tingkat prestasi sukan, olahraga sedang disiapkan – Anwar
Nasional

Rangka baharu tingkat prestasi sukan, olahraga sedang disiapkan – Anwar

Rangka baharu tingkat prestasi sukan, olahraga sedang disiapkan – Anwar

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Kerajaan akan menyiapkan kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan dan olahraga dalam negara sebagai persiapan ke acara antarabangsa kelak.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif itu bagi meningkatkan pencapaian selari dengan tumpuan negara di masa hadapan melalui sukan.

Beliau bagaimanapun menerima baik pencapaian atlet negara dalam Olimpik Paris 2024 dan menyeru rakyat Malaysia agar tidak mengeluh dengan pencapaian para wira dan wirawati negara dalam temasya tersebut.

\”Mereka telah berusaha dengan sebaik mungkin. Kita harus menerima baik keputusan..berhubung harapan dan masa depan mereka, kita akan menyiapkan beberapa kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan dan olahraga dalam negara.

\”Kita harus tumpu ke hadapan tapi sementara itu, janganlah kita mengeluh kerana anak-anak olahragawan tersebut sudah berusaha sedaya upaya mereka,\” katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Dalam pada itu, Anwar menafikan dakwaan kononnya akan berlaku rombakan Kabinet membabitkan Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat.

Jelasnya, beliau sendiri baru sahaja dimaklumkan mengenai laporan tersebut.

\”Itulah baru saya diberi tahu, saya tak dengar lagi.. siapa nak tolong \’reshuffle\’ (rombakan) tu?,\” kata Anwar.

Related Articles

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 25 Disember– Yang di-Pertuan Agong...

Gudang barang 'hardware' di Limbang terbakar
Nasional

Gudang barang 'hardware' di Limbang terbakar

Foto JBPM SarawakLIMBANG, 25 Disember- Sebuah gudang yang menyimpan barang perkakasan (hardware)...

1,076 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif diluluskan
Nasional

1,076 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif diluluskan

Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ruji UbiKUALA LUMPUR, 24 Disember-...

Utamakan keselamatan jalan raya, elak tragedi
Nasional

Utamakan keselamatan jalan raya, elak tragedi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR, 24 Disember...