Home Nasional Rancangan Trump ambil alih Gaza disifatkan sebagai penjajahan baharu-NGO
Nasional

Rancangan Trump ambil alih Gaza disifatkan sebagai penjajahan baharu-NGO

Rancangan Trump ambil alih Gaza disifatkan sebagai penjajahan baharu-NGO

Pengarah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Citizen International, Mohideen Abdul Kader sifatkan pelan ambil Gaza oleh Trump sebagai gila / Foto RTM

BAYAN BARU, 21 Februari-Pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dianggap sebagai bentuk penjajahan moden yang bertujuan menghapus hak rakyat Palestin.

Malah, ia merupakan pencabulan hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Pengarah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Citizen International, Mohideen Abdul Kader menegaskan rakyat Palestin mempunyai hak mutlak terhadap masa depan negara mereka tanpa campur tangan asing.

Justeru, usaha menolak rancangan itu perlu digerakkan pelbagai pihak termasuk pemimpin dunia.

\”Kita meletakkan empat perkara penting iaitu kita mengutuk sebarang pelan yang bertujuan mengubah status Gaza tanpa persetujuan rakyat Palestin mempertahankan hak mereka untuk mentadbir tanah air mereka sendiri.

\”Selain menghentikan sokongan kepada Israel yang memungkinkan penjajahan ini serta mendesak PBB, OIC dan juga solidariti. seluruh dunia menolak pelan gila Trump ini\”, katanya demikian dalam Perhimpunan Aman Bantahan Menolak Kenyataan Pelan Trump mengambil alih Gaza di Masjid Umar Al-Khattab, di sini.

Perhimpunan, turut mendapat kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Baru-baru ini, Donald Trump merancang untuk mengambil alih Gaza dengan memindahkan penduduk Palestin ke negara jiran seperti Jordan dan Mesir.

Ia bertujuan membangunkan semula wilayah itu sebagai destinasi pelancongan yang digelar \”Riviera Timur Tengah\”.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...