Wednesday , 20 November 2024
Home Nasional Rakyat Palestin terima rawatan berkualiti di HAT Tuanku Mizan
Nasional

Rakyat Palestin terima rawatan berkualiti di HAT Tuanku Mizan

Rakyat Palestin terima rawatan berkualiti di HAT Tuanku Mizan

– Seramai 41 pesakit dan 86 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Rakyat Palestin ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini diberikan rawatan perubatan berkualiti mengikut piawaian ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, menurutKetua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lt Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.

Beliau berkata seramai 60 petugas kesihatan terdiri doktor, jururawat dan pembantu perubatan bertugas sepanjang masabagi memastikan rakyat Palestin yang berada di HAT Tuanku Mizan menerima rawatan sebaik mungkin untukmemastikan merekasembuh daripada kecederaan dialami.

Daripada 41 rakyat Palestin yang cedera dan menerimarawatan di hospital berkenaan, 15 kes memerlukan pembedahan ortopedik termasuk empat yang perlu kerjasama doktor pakar daripada Hospital Selayang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Beliau berkata pihaknya berjaya melaksanakan pembedahan bagi implan orbital terhadap seorang pesakit kanak-kanak yang kehilangan anggota keluarga dan kini sedang menunggu untuk penyesuaian mata palsu.

\”Terdapat juga dua pesakit memerlukan pembetulan bibir sertalelangit dan dua pesakit yang memerlukan pemasangan kaki palsu,\” kata Dr Zulkeffelipada sesi lawatan khas bersama media di hospital berkenaan baru-baru ini.

Turut hadir ketua penyelaras misi berkenaan Brig Jen Dr Mohd Mansor Sharif dan Penyelia Jururawat HAT Tuanku Mizan Nursyida Jamaludin.

Mengulas lanjut, Dr Zulkeffeli berkatapihaknya melakukanpersediaan awal sebelum menerima pesakit Palestin bagi memudahkan persiapan dari segi jenis rawatan yang diperlukan, pelantikan pakar-pakar dan hubungan kerjasama dengan pusat perubatan yang lain.

\”Pasukan peninjau yang terdiri doktor pakar daripada ATM yang dihantar lebih awal ke sana juga banyak membantu terutamadari segi memastikan laporan perubatan pesakit yang akan dibawa ke sini adalah tepat.

\”Laporan perubatan yang kami terima pada peringkat awal adalah daripada bahasa Arab sebelumditerjemahkan ke Bahasa Inggeris kemudian ke Bahasa Melayu, jadi memang akan ada perkara yang tertinggal dalam proses penterjemahan itu dan pasukan ini akan memastikan diagnosis dilaporkan adalah sama,\” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zulkeffeli berkataselain memastikan rawatan terhadap kecederaan yang dialami rakyat Palestin dijalankan sebaik mungkin, pihaknya juga menyediakan khidmat kaunseling bagi memastikan psikologi pesakit warga Palestin itudiberikan perhatian.

Beliau berkata pihaknya memberikanpersekitaran selesa agar rakyat Palestin yang menerima rawatan di HAT Tuanku Mizamdapat menyesuaikan diri dengan baik selain mendapatkan bantuan daripada petugas di Kedutaan Palestin untuk memudahkan urusan komunikasi antara pesakit dan doktor.

\”Alhamdulillah perbincangan dari hari ke hari,mereka semakin selesa menerima rawatan di sini dan tidak timbul kebimbangan mengenai apa-apa perkara,\” katanya sambilmenambah rata-rata yang dirawat menghargai tindakan Malaysia memberikan rawatan perubatan kepada mereka.

Pada 16 Ogos lepas 41 pesakit warga Palestin yang terjejas akibat konflik dengan Israel bersama 86 waris mereka tiba di Pangkalan Udara Subang dekat sini dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir menaiki dua pesawat A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia.

Sementara itu, Nursyida berkata petugas yang menjaga pesakit warga Palestin menggunakan pelbagai kaedah bagi berkomunikasi dan mendapatkan kepercayaan pesakit.

Beliau berkata antara kaedah komunikasi yang digunakan termasuk aplikasi penterjemahan bahasa seperti Google Translate, bahasa isyarat dan mimik muka untuk bertanyakan khabar dan mengetahui sama ada sudah makan ubat atau belum.

Nursyida berkata rata-rata pesakit warga Palestin itutelah melalui situasi peperangan yang panjang sebelum dibawa ke Malaysia dan inimembuatkan mereka sukar untuk mempercayai orang asing selain tidak memahami bahasa Inggeris.

\”Pada peringkat awal berada di sini,mereka amat risau akan keselamatan terutama melibatkan anak-anak.Jika sebelum ini si ibu tidak akan meninggalkan anak bersendirian di wad tetapi kini mereka berani berbuat demikian jika perlu menyelesaikan urusan seperti membasuh baju atau apa-apa urusandi rumah transit.

\”Selepastiga minggu (di HAT Tuanku Mizan), kami di sini seperti keluarga dan mereka memahami bahawa rakyat Malaysia ikhlas membantu,\” katanya – BERNAMA

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimRIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...