Home Nasional Rakyat Malaysia diseru kongsi pencapaian Kerajaan MADANI – PM
Nasional

Rakyat Malaysia diseru kongsi pencapaian Kerajaan MADANI – PM

Rakyat Malaysia diseru kongsi pencapaian Kerajaan MADANI – PM

Anwar Ibrahim (kanan) pada majlis makan malam bersama diaspora dan rakan-rakan Malaysia di Brazil/Foto RTM

RIO DE JANEIRO, 18 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimmenyeru rakyat Malaysia termasuk mereka yang berada di luar negara untuk berkongsi kisah kejayaan dan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam membawa perubahan besar kepada negara.

Menurutbeliau, inisiatif pentadbirannya yang memfokuskan kepada pemerkasaan rakyat telah menghasilkan impak positif terhadap ekonomi Malaysia.

\”Kita berjaya kerana kita bekerja dalam satu pasukan, kita berjaya kerana kita mahu menghapuskan rasuah.

\”Andaian bahawa apabila seseorang itu menjadi pemimpin, dia harusmemperkayakan keluarga dan kroni sendiri, ini harus berhenti,\” katanya.

Perdana Menteri berucap demikian pada majlis makan malam bersama diaspora dan rakan-rakan Malaysia di sini.

Beliau turut berkongsi mengenai siri lawatan rasminya ke beberapa negara, yang bukan sahaja berjaya memperkukuh hubungan dua hala tetapi juga memberi manfaat ekonomi yang signifikan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....