Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Rakyat Johor tonton Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim menerusi RTM
Nasional

Rakyat Johor tonton Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim menerusi RTM

Rakyat Johor tonton Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim menerusi RTM

Kira-kira 50 penduduk sekitar hadir menonton Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Cempaka, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 20 Julai- Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pagi tadi menjadi salah satu detik bersejarah bagi rakyat negara ini, khususnya di Johor.

Meskipun istiadat pertabalan berlangsung di ibu negara, rakyat tidak ketinggalan untuk mengikuti perjalanan Istiadat menerusi siaran televisyen dan platform media sosial Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tinjauan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Cempaka, Johor Bahru menyaksikan, kira-kira 50 penduduk sekitar hadir menonton istiadat bersejarah berkenaan, termasuk kanak-kanak.

Muhammad Qayyum Abdullah, 11 tahun teruja dapat menyaksikan peristiwa gilang-gemilang dan jarang berlaku.

\”Saya datang sini pukul 8.00 pagi dengan kawan-kawan untuk tengok Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di sini. Saya sangat seronok sebab saya boleh tengok dengan kawan-kawan, dan ini merupakan kali pertama untuk saya,\” kata Muhammad Qayyum.

Bagi Siti Nur Alia Humaira Abdul Jani, 10 tahun ia pengalaman yang berharga.

\”Saya dekat sini untuk lihat Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, saya ajak kawan-kawan datang ke sini. Sangat seronok sebab ini merupakan kali pertama saya tengok,\” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berkata, istiadat ini hanya akan berlaku setiap lima tahun dengan amalan penggiliran sembilan Raja Melayu menaiki takhta yang diamalkan Malaysia sejak 1957.

\”…kanak-kanak ini generasi akan datang, jadi mereka harus faham dan sama-sama mengikuti Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

\”Ia merupakan sesuatu yang unik dalam negara kita, kerana mengamalkan penggiliran sembilan Raja Melayu yang akan bergilir setiap lima tahun dan ini tiada di tempat lain,\” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tidak ketinggalan masyarakat luar bandar di Gua Musang, Kelantan yang turut menontonIstiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 menerusi \’viewing party\’ yang dianjurkan Jabatan Penerangan (Japen) daerah Gua Musang disertai pelbagai lapisan masyarakat.

Orang ramai mula berkumpul seawal pukul 8.45 pagi tadi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Baru, Gua Musang untuk mengikuti siaran langsung tersebut.

Di Negeri Sembilan pula Japen Jempol turut menyediakan layar skrin untuk menyaksikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Program julung kali diadakan itu juga diisi dengan aktiviti sampingan seperti kuiz kenegaraan berkisarkan istiadat berkenaan dan Majlis Raja-Raja.

Sementara itu di Labuan, wakil Komuniti MADANI di pulau itu turut menyaksikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 menerusi paparansecara langsung menggunakan layar projektor dan dua skrin.

Komuniti Madani terlibat ialah Victoria, Sri Labuan, Al Fazza, Kalam, Sri Kembangan Labuan dan Kubong.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...