Home Nasional Raja Zarith Sofiah berkenan kurnia sumbangan kepada 1,133 murid SK AU Keramat
Nasional

Raja Zarith Sofiah berkenan kurnia sumbangan kepada 1,133 murid SK AU Keramat

Raja Zarith Sofiah berkenan kurnia sumbangan kepada 1,133 murid SK AU Keramat

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 10 September- Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mengurniakan sumbangan kepada 1,133 murid dalam kumpulan B40 serta sumbangan cek kepada Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat di sini.

Sumbangan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor itu dikurniakan semasa Seri Paduka Baginda berangkat mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.

Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah pada 10.15 pagi disambut oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ruji Ubi.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Jabatan Perdana Menteri) Datuk Abd Shukor Mahmood dan Guru Besar SK AU Keramat Zulkaimi Mohammad.

Pada lawatan itu, Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyaksikan persembahan tarian tradisional oleh Kumpulan Gemalai Tari SK AU Keramat, selain melihat hasil kraf seperti beg dan bingkai gambar yang dihasilkan beberapa murid sekolah berkenaan.

Seri Paduka Baginda turut beramah mesra dengan guru dan murid sekolah itu sebelum berangkat meninggalkan acara lawatan pada 11.10 pagi. – BERNAMA

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...