Home Nasional Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM
Nasional

Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM

Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 10 Ogos– Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Tengku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim, merangkap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Istana Negara, hari ini.

Acara itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut hantaran itu, pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Agung BSMM Hakim Hamzah, Governing Board BSMM Syamil Fahim Mohammed Fahim dan Pegawai Komunikasi persatuan itu Mohammad Khairul Abd Wahab.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan di laman Facebook sama, Raja Zarith Sofiah turut berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama pada sesi menghadap yang berlangsung di Istana Negara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Prof Dr Azlinda Azman.

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...