Home Nasional Raja Permaisuri Agong terima menghadap Nancy Shukri, bincang isu wanita dan masyarakat
Nasional

Raja Permaisuri Agong terima menghadap Nancy Shukri, bincang isu wanita dan masyarakat

Raja Permaisuri Agong terima menghadap Nancy Shukri, bincang isu wanita dan masyarakat

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di Istana Negara, hari ini.

Hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memaklumkan pelbagai isu berkaitan golongan wanita, institusi kekeluargaan dan masyarakat dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu.

Turut hadir pada sesi menghadap itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff, dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Norazman Othman.

Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Hanani Sapit dan Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Dr Faridah Awang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....