Home Nasional Raja Permaisuri Agong berkenan sumbang RM30,000 kepada Hospital Orang Asli Gombak
Nasional

Raja Permaisuri Agong berkenan sumbang RM30,000 kepada Hospital Orang Asli Gombak

Raja Permaisuri Agong berkenan sumbang RM30,000 kepada Hospital Orang Asli Gombak

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan replika cek sumbangan bernilai RM30,000 yang diserahkan kepada Pengarah Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) Dr Izandis Mohamad Sayed (kanan) ketika melawat HOAG / BERNAMA

GOMBAK, 23 Julai- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyumbangkan RM30,000 kepada Hospital Orang Asli Gombak (HOAG).

Ia sebagai tanda prihatin Seri Paduka Baginda bagi membantu pengurusan hospital berkenaan.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengarah HOAG, Dr Izandis Mohamad Sayed semasa lawatan baginda ke hospital tersebut hari ini.

Kunjungan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak adalah sebahagian daripada program yang diatur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah pada pukul 9.50 pagi disambut isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah, isteri Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta kakitangan hospital.

Turut mengiringi, Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17,Fahmi Fadzil.

Pada lawatan itu, Raja Permaisuri Agong dipersembahkan dengan penerangan berkenaan pengoperasian hospital tersebut.

Seri Paduka Baginda juga dipersembahkan dengan Tarian Sidud iaitu tarian suku kaum Mah Meri oleh Kumpulan Main Jo’oh Tompoq Topoh dari Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor sebelum berkenan meluangkan masa setengah jam melawat pesakit di wad HOAG sebelum berangkat balik.

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...