Home Nasional Raja Permaisuri Agong berangkat ke majlis santapan petang di Istana Negara
Nasional

Raja Permaisuri Agong berangkat ke majlis santapan petang di Istana Negara

Raja Permaisuri Agong berangkat ke majlis santapan petang di Istana Negara

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis santapan petang bersempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-267 di Istana Negara di sini hari ini.

Berangkat sama ke majlis berkenaan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Turut berangkat Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim juga berangkat hadir ke majlis berkenaan.

Isteri Yang Dipertua Negeri turut hadir iaitu Toh Puan Norlidah RM Jasni (Sabah), Toh Puan Asmah Abdul Rahman (Melaka), Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi (Sarawak), Toh Puan Khadijah Mohd Nor (Pulau Pinang), selain isteri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir.

Seri Paduka Baginda juga berkenan beramah mesra dan bergambar bersama kira-kira 300 tetamu yang hadir dalam majlis yang turut diserikan dengan persembahan daripada artis-artis Yayasan Warisan Johor.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dipengerusikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....