Home Nasional Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Majlis HASN Peringkat Kebangsaan
Nasional

Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Majlis HASN Peringkat Kebangsaan

Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Majlis HASN Peringkat Kebangsaan

Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan bergambar pada Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 peringkat Kebangsaan, semalam/ FOTO BERNAMA

LANGKAWI, 22 Oktober – Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan 2024 di Langkawi, Kedah malam tadi.

Turut hadir pada majkus itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar Kedah Mohamad Yusoff Munir Zakaria mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad.

HASN yang disambut setiap 21 Oktober setiap tahun mengekalkan tema \’Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama\’.

Nik Nazmi dalam ucapannya berkata sambutan pada kali ini ibarat sirih pulang ke gagang dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Langkawi-Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS).

Anugerah itu merupakan penghargaan dan pengiktirafan tertinggi negara kepada individu dan organisasi di Malaysia yang telah memberikan sumbangan besar dan signifikan ke arah kelestarian alam sekitar.

ALKAS juga tercetus daripada Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989.

Jabatan Penyiaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima Anugerah Media Kolobarasi Lintas Platform iaitu keterlibatan RTM membuat liputan di semua platform media melalui liputan di lokasi, saluran berita televisyen dan melalui laman sesawang dan terutamanya di slot-slot televisyen.

Hadiah diterima oleh Pengarah Penyiaran Kedah Nur Hafizoh Idris mewakili Jabatan Penyiaran Malaysia.

Media lain yang turut menerima anugerah ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menerima Anugerah Media Penulisan Cakna Alam Sekitar dan SINAR HARIAN menerima Anugerah Media Suara Masyarakat Lestari.

Sementara itu, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang, Sabah, Jennifer Asing membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, plak dan sijil selaku selaku Anugerah Langkawi – Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS) bagi calon individu.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan 2023/2024.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....