Home Nasional Raja Bahrain tiba di Malaysia untuk hadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Nasional

Raja Bahrain tiba di Malaysia untuk hadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Raja Bahrain tiba di Malaysia untuk hadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

FOTO BERNAMA

SEPANG, 19 Julai- Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa tiba di Sepang, hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara esok.

Pesawat khas yang membawa Sheikh Hamad dan delegasi baginda mendarat pada 6.35 petang di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Lawatan tersebut turut disambut oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Delegasi Sheikh Hamad turut diiringi dua anakanda baginda iaitu Sheikh Abdullah Hamad Al Khalifa dan Sheikh Khalid Hamad Al Khalifa.

Kedatangan baginda bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara Kuala Lumpur.

Sejurus tiba, baginda berjalan melepasi kawalan kehormatan statik yang terdiri daripada dua pegawai dan 24 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....