Home Nasional Pusat pengurusan jenazah, bantu mudahkan pengurusan jenazah dengan lebih baik
Nasional

Pusat pengurusan jenazah, bantu mudahkan pengurusan jenazah dengan lebih baik

Pusat pengurusan jenazah, bantu mudahkan pengurusan jenazah dengan lebih baik

Penubuhan pusat sehenti pengurusan jenazah di Masjid Jamek Wahdatul Al Islamiah Taman Bersatu, Kuala Kedah memudahkan pengurusan menyempurnakan jenazah dengan lebih baik

ALOR SETAR, 24 Julai – Penubuhan pusat sehenti pengurusan jenazah memudahkan pengurusan menyempurnakan jenazah dengan lebih baik.

Menyedari hakikat itu, penduduk kariah Taman Bersatu Kuala Kedah, di sini telah membina sebuah pusat pengurusan jenazah baharu bagi membantu penduduk setempat yang menghadapi masalah menguruskan jenazah terutama di kawasan perumahan yang sempit.

Imam Masjid Jamek Wahdatul Al Islamiah Taman Bersatu, Mohd Roshodi Ibrahim berkata pusat pengurusan jenazah di masjid itu dilengkapi bilik mandi, kelengkapan untuk menguruskan jenazah seperti kain kafan dan van jenazah.

Pembiayaan pembinaan pusat tersebut menerusi hasil infaq daripada orang ramai manakala kos pengurusan pula akan dikenakan kepada pengguna.

\”Berbayar jugaklah cuma kitasediakan kemudahan tempat memandangkan kediaman rumah taman ini sempit, cuma kita hendak ambil tanggungjawab itu,\” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Nur Ismadi Ismail berkata Majlis Agama Islam Kedah melalui Baitulmal menyediakan sumbangan bagi mereka yang tidak berkemampun mendapat perkhidmatan tersebut.

\”Kalaulah dia termasuk kategori yang tidak berkemampuan, masjid akan dahulukan (bayaran) dan kita boleh tuntut kepada Majlis Agama Islam dan Baitulmal.

\”Sekiranya jenazah tidak diketahui waris dan sebagainya, tanggungjawab itu adalah di bawah tanggungjawab majlis agama,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....