Home Nasional Pusat Data negara akan dibangun suku ketiga 2025
Nasional

Pusat Data negara akan dibangun suku ketiga 2025

Pusat Data negara akan dibangun suku ketiga 2025

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Projek pembangunan Pusat Data bakal dibangunkan pada suku ketiga 2025 di Bagan Datuk, Perak sekali gus berpotensi menjadikan negara sebagai hab pengkalan data serantau.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan pusat tersebut akan menjadi pencetus perubahan dalam memperkukuh ekonomi digital secara global.

\”Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai lokasi Pusat Data paling pesat berkembang di rantau ini. Ia bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomidigital, tetapi juga menjadi pemangkin kepada transisi negara ke arah penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) atau renewable energy,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Manjlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOU) antara MARA Incorporated Sdn Bhd dan FELCRA Berhad di ibu negara.

Selain itu pewujudan pusat berkenaan berpotensi mewujudkan lebih 64,000 pekerjaan bernilai tinggi.

Pusat Data itu dibangunkan oleh MARA Incorporated Sdn Bhd dan FELCRA Berhad yang akan menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden, membuka peluang dalam sektor seperti perkhidmatan kewangan, perdagangan elektronik, dan industri teknologi tinggi.

Dalam pada itu, beliau yang jugaMenteri Kemajuan Desa dan Wilayahberkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya menurunkan peratusan pinjaman Tidak Berbayar (NPL) daripada dua digit kepada satu digit hasil dari tindakan susulan ke atas peminjam agensi tersebut.

\”Apa yang dilakukan bukan sekadar tindakan undang-undang tetapi penyitaan wajib dilakukan sebab pinjaman bukan geran, bukan bantuan tetapi pinjaman yang perlu dibayar balik.

\”…kerana kita perlukan modal pusingan untuk memberikan peluang kepada peminjam lain untuk maju dalam bidang masing-masing. Kita tidak pilih bulu untuk mengenakan tindakan kerana ini wang rakyat,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....