Home Nasional Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin ditutup sehingga Januari tahun depan
Nasional

Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin ditutup sehingga Januari tahun depan

Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin ditutup sehingga Januari tahun depan

Pusat Akuatik MBJB ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan

JOHOR BAHRU, 1 Ogos-Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin di Johor Bahru, Johor akan ditutup kepada umum sehingga awal Januari tahun hadapan, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kerja penambahbaikan melibatkan penukaran sistem anti karat, pemasangan jaring, pembersihan saliran air, serta penukaran jubin kolam terjun dan kolam renang, membabitkan kos RM1.3 juta.

Keputusan menutup venue tersebut diambil, untuk memastikan ia bersih dan selamat digunakan, seterusnya menjamin keselamatan atlet-atlet muda yang menggunakan fasiliti itu.

\”Saya minta pada peminat-peminat sukan renang boleh terus berkunjung ke satu lagi pusat sukan air di Educity yang mana ia juga bertaraf antarabangsa dan saya mengharapkan agar keselesaan selepas dibuka semula kepada orang ramai,\”katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Mesyuarat insiden fasiliti tercemar bakteria e-coli di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin, Johor Bahru, Johor.

Semalam, keputusan sampel air di kolam Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin, Johor Bahru, Johor yang dihantar ke Jabatan Kimia pada Ahad lalu, disahkan tercemar bakteria e-coli.

19 daripada 900 peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala seperti muntah, demam dan kulit gatal dipercayai terkesan dengan air di kolam renang berkenaan, 25 Julai lalu.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...