Wednesday , 16 April 2025
Home Nasional Pulau Pinang dilanda banjir kilat, tiada penduduk dipindahkan ke PPS
Nasional

Pulau Pinang dilanda banjir kilat, tiada penduduk dipindahkan ke PPS

Pulau Pinang dilanda banjir kilat, tiada penduduk dipindahkan ke PPS

Beberapa kawasan di Pulau Pinang dinaiki air selepas hujan lebat sejak pukul 11.00 malam

GEORGE TOWN, 16 April- Beberapa kawasan di Pulau Pinang dinaiki air awal pagi tadi susulan hujan lebat lebih tiga jam sejak malam tadi, namun setakat ini tiada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Jalan P. Ramlee, Kampung Masjid, Jalan Thean Teik dan Green Garden di George Town dan Taman Siakap di Seberang Jaya. dengan penduduk serta kenderaan mereka dipindahkan ke tempat selamat.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Timur Laut dalam satu kenyataan memaklumkan penduduk serta kenderaan mereka dipindahkan ke tempat selamat.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat awal mengenai banjir kilat dan beberapa kawasan dinaiki air pada pukul 1.40 pagi selepas hujan lebat sejak pukul 11.00 malam tadi.

Berdasarkan pemantauan, beberapa rumah dan laluan utama dinaiki air hingga kenderaan tidak dapat melalui kawasan tersebut.

\”Air naik dengan cepat dan melimpah masuk ke dalam rumah penduduk kerana hujan lebat yang berlaku dalam tempoh singkat, kami memberikan bantuan awal pemindahan kepada mangsa ke tempat tinggi di kediaman masing-masing, selain membantu mengalihkan barangan dan kenderaan awam ke tempat selamat,\” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun hujan telah berhenti pada pukul 3.00 pagi dan air mula surut serta tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa melibatkan mangsa dilaporkan.

Sementara itu, jurucakap APM daerah Seberang Perai Tengah memaklumkan beberapa rumah di Taman Siakap turut dinaiki air selepas hujan lebat dan hingga pukul 3.10 pagi tadi banjir belum surut.

Namun semua penduduk tidak dipindahkan dan mereka berada di tingkat dua rumah masing-masing.

Dalam pada itu orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengelak melalui jalan yang dinaiki air bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Related Articles

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia
Nasional

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia

Foto Musika- Malaya\’s Early Music Scene From 1900 to 1965KUALA LUMPUR, 16...

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto FailJOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di...

Presiden China diberi sambutan negara
Nasional

Presiden China diberi sambutan negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengiringi Presiden China, Xi Jinping di...

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah ZainordinKUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk...