Home Nasional Proses pemulihan lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan
Nasional

Proses pemulihan lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan

Proses pemulihan lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan

Keadaan lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India ketika tinjauan fotoBernama hari ini/ Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 1 September – Proses pemulihan dan pembinaan semulalokasi sekitar insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, dijangka memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan, kataDatuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Beliau berkata kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula akan melibatkan laluan sepanjang kira-kira 200 meter dariWisma Yakin hingga Pondok Polis di Jalan Masjid India.

Kawasan itu, katanya ketika ini telahditutup dengan penghadang bagi membolehkan kerja pembaikan dan kajian terperinci dijalankan berhubung sistem utiliti bawah tanah selain beberapa perkara berkaitan oleh agensi dan pihak berkenaan.

“Untuk melihat sistem utiliti bawah tanah itu memerlukan masa dan ia akan melibatkan agensi seperti Indah Water Konsortium serta Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd(Air Selangor) untuk membuat pemeriksaan sekiranya terdapat kebocoran pada paip.

“Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk memeriksa kabelkerana di kawasan dinding (yang berada di bawah tanah) juga terdapat kabel syarikat itu, manakala Jabatan Mineral dan Geosains pula akan memberikan butiran terperinci tentang laporan teknikal dan kestabilan tanah(sekitar lokasi kejadian),” katanya

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...