Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Projek tambah baik persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar kurangkan kesesakan
Nasional

Projek tambah baik persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar kurangkan kesesakan

Projek tambah baik persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar kurangkan kesesakan

Dr. Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Projek Mempertingkatkan Persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar Kuala Lumpur dijangka mampu mengurangkan kesesakan melibatkan lebih 1.7 juta kenderaan yang melalui laluan itu setiap hari.

Jajaran sepanjang 1.4 kilometer itu menghubungkan persimpangan-persimpangan jalan di Lebuhraya Sultan Iskandar (Mahameru), Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan Jalan sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa, lokasi berkenaan dikenali \”KL Congestion Hot Spot\” itu melibatkan projek penambahan lorong, pelebaran jalan, pembinaan dinding dan pemasangan lampu jalan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM75 juta.

\”Jumlah kenderaan yang masuk ke Kuala Lumpur secara amnya 1.7 juta kenderaan dan waktu puncak sehingga 2.2 juta. Ini kajian yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

\”…tetapi dalam satu-satu masa Kuala Lumpur dipenuhi dengan enam juta kenderaan setiap hari. Jadi ia satu angka yang sangat besar, sebab itu berlaku kesesakan di Kuala Lumpur. Maka kita melaksanakan projek sebegini untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,\” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas melancarkan Projek Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Sultan Iskandar di ibu negara.

Pada masa sama tempoh kesesakan juga dijangka dapat dikurangkan khususnya pada waktu puncak dengan mengambil masa hanya satu minit berbanding empat minit sebelum ini.

Pembinaan infrastruktur tersebut dilihat memberi kesan positif kepada masyarakat selain merealisasi matlamat kerajaan menjadikan Wilayah Persekutuan sebuah bandaraya Clean City, Healthy City, Advanced City, Safe City dan Ecofriendly City.

Dalam pada itu pihak DBKL turut diminta untuk melaksanakan sesi libat urus bersama orang ramai dan pihak yang berkaitan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai bagi projek-projek yang ingin dilaksanakan sebagai persediaan Belanjawan 2025.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...