Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Projek sistem perparitan siap dalam 20 bulan
Nasional

Projek sistem perparitan siap dalam 20 bulan

Projek sistem perparitan siap dalam 20 bulan

Projek sistem perparitan bernilai RM20 juta di Desa Wira, di Kuching dijangka siap dalam tempoh 20 bulan

KUCHING, 22 Ogos – Projek sistem perparitan bernilai RM20 juta di Desa Wira, di sini dijangka siap dalam tempoh 20 bulan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata pembinaan kolam tadahan banjir yang ketiga di kawasan Batu Kawa iaitu Desa Wira, dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku.

Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memulakan proses bagi projek tersebut.

Sebelum ini, dua kolam tadahan banjir telah diluluskan dengan yang pertama telah mula dibina melibatkan kos RM19.88 juta manakala kolam tadahan banjir kedua pula, akan dibina di kawasan komersial Pine Square bernilai RM22.5 juta.

Kedua-dua projek tersebut dijangka siap pada 2026.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...