Home Nasional Projek rintis WBB dibatalkan, adakan kajian menyeluruh
Nasional

Projek rintis WBB dibatalkan, adakan kajian menyeluruh

Projek rintis WBB dibatalkan, adakan kajian menyeluruh

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Jemaah Menteri memutuskan untuk membatalkanprojek rintis Waktu Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas perkara itu dirujuk kepada Jemaah Menteri hari ini.

\”Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Abu Bakar Suleiman.

\”Terma-terma rujukan jawatankuasa ini terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualanwaktu kerja,\” menurut kenyataan hari ini.

Bagaimanapun KKM akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja selamat dan adil khususnya petugas kesihatan.

Sebelum ini, Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa kementerian itu untuk menarik balik WBB serta-merta dengan dakwaan projek berkenaan dibangunkan tanpa penglibatan pihak berkepentingan utama.

Pada masa sama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan projek rintis itu akan memburukkan lagi kekurangan tenaga kerja sedia ada.

Selain itu ia akan menyebabkan doktor dibebani tugas berlebihan dan menjejaskan kualiti penjagaan pesakit.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....