Home Nasional Projek Quick Win PA dan PPR dilancar
Nasional

Projek Quick Win PA dan PPR dilancar

Projek Quick Win PA dan PPR dilancar

Dr. Zaliha Mustafa menanam pokok sebagai simbolik pelancaran Projek Quick Win Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR)

KUALA LUMPUR, 27 Julai-Projek Quick Win Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 64 kawasan seluruh ibu kota dilancar hari ini.

Fokusnya memperkasa program penyelenggaraan dan naik taraf PA dan PPR selain mewujudkan persekitaran kediaman yang ikonik.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata program diselaras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kolaborasi komuniti setempat dan beberapa NGO.

\”Kita menggalakkan setiap PPR itu supaya penduduk sendiri memainkan peranan juga sebab kita boleh buat sekali program tetapi untuk kekalkan kesejahteraan ataupun keindahan dan sebagainya itu ia memerlukan komitmen daripada penduduk,\”katanya.

Tambahnya, elemen utama program adalah kebersihan, keindahan, kehijauan dan keselamatan.

Ia melibatkan aktiviti gotong royong, keceriaan, cantasan dan penanaman pokok baharu serta penundaan kenderaan buruk.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...