Home Nasional Projek perumahan baharu perlu sedia blok rumah MADANI
Nasional

Projek perumahan baharu perlu sedia blok rumah MADANI

Projek perumahan baharu perlu sedia blok rumah MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Ogos– Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan supaya menyediakan blok rumah MADANI bagi setiap projek pembangunan perumahan baharu untuk golongan B40 dan M40 sebagai syarat bagi mempercepatkan kelulusan permohonan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan boleh mempercepatkan proses kelulusan pembangunan perumahan itu, sekiranya projek perumahan berkenaan dibangunkan sekali dengan sekurang-kurangnya satu atau dua blok rumah MADANI.

Arahan Datuk Seri Anwar itu berikutan permintaan untuk membeli rumah di sekitar ibu kota adalah sangat tinggi sehingga mencecah puluhan ribu permohonan.

\”Jentera kerajaan harus dikerahkan supaya menyelesaikan masalah perumahan yang sangat rumit. Kita warisi kedudukan bila tengok senarai, 60,000 orang menunggu untuk dapat rumah bandaraya.

\”Kemudian kita diserang nak suruh selesaikan 60,000 dalam satu tahun… tak boleh. Saudara Nga Kor Ming sedang rancang supaya sekurang-kurangnya 3,000-4,000 perumahan disediakan di satu tempat dan tiap perumahan baru.

\”Saya arahkan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL, buat perumahan baru, dia ada tanah, okay. Kita luluskan. Kita boleh bagi kelonggaran. Kita boleh mempercepatkan. Tapi syaratnya… mesti ada satu dua blok rumah MADANI untuk rakyat memanfaatkan daripada ini.

Beliau berucap dalam Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI (PPAM MADANI), di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...