Home Nasional Projek penerbitan baharu literasi kanak-kanak, UPSI-YPKDT dibantu DBP
Nasional

Projek penerbitan baharu literasi kanak-kanak, UPSI-YPKDT dibantu DBP

Projek penerbitan baharu literasi kanak-kanak, UPSI-YPKDT dibantu DBP

Foto UPSI

JOHOR BAHRU, 6 Ogos– Projek penerbitan baharu yang melibatkan National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) mendapat sokongan penuh daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan dan DBP Kuala Lumpur.

Pertemuan yang berlangsung pada Isnin dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan pelaksanaan projek tersebut.

Mesyuarat yang diadakan merupakan rentetan daripada jemputan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Puan Noor Faezah Md Esa, bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi-agensi terlibat dalam memperkasa literasi kanak-kanak melalui penerbitan berkualiti.

Projek tersebut memfokuskan kepada penerbitan bahan bacaan dan aktiviti yang mesra kanak-kanak, sekali gus menyokong pembangunan pembelajaran awal kanak-kanak di negeri berkenaan, khususnya bagi anak-anak di Jauhar Childcare Centre (JCC).

Pertemuan itu juga memberikan peluang kepada DBP Wilayah Selatan dan DBP Kuala Lumpur untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang penerbitan serta pengurusan kandungan literasi.

Dengan sokongan daripada NCDRC dan DBP, projek itu dijangka akan menjadi satu pencapaian penting dalam sejarah pembangunan literasi kanak-kanak di Malaysia selaindapat memberi impak positif dalam pembangunan intelektual kanak-kanak.

Mesyuarat tersebut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Noor Faezah Md Esa, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) NCDRC, Profesor Madya Dr. Norazilawati Abdullah, Penyelaras (Penerbitan dan Jaringan Industri dan Komuniti) NCDRC, Dr. Intan Farahana Abdul Rani, pegawai DBP Kuala Lumpur, Noriyani Yusoff dan beberapa pegawai kanan daripada setiap agensi.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...