Home Nasional Projek Pelita Raya Kampung Jelempok meriahkan sambutan Aidilfitri
Nasional

Projek Pelita Raya Kampung Jelempok meriahkan sambutan Aidilfitri

Projek Pelita Raya Kampung Jelempok meriahkan sambutan Aidilfitri

FOTO RTM

ARAU, 27 Mac– Buat julung kalinya, komuniti Kampung Jelempok, Arau berjaya merealisasikan Projek Pelita Raya@Aidilfitri, sebuah inisiatif yang menghidupkan semula tradisi menyalakan pelita panjut bagi menyambut 1 Syawal.

Projek digerakkan oleh anak muda dan penduduk kampung dengan pemasangan lebih 2,000 pelita panjut sepanjang 1.5 kilometer sekitar kampung, mencipta suasana penuh nostalgia dan kemeriahan.

Menurut Exco Negeri merangkap ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim, tradisi menyalakan pelita panjut itu bukan sekadar penyeri suasana tetapi juga mengimbau kenangan masyarakat desa ketika menyambut Aidilfitri.

\”Ini kali pertama usaha sebegini dibuat secara besar-besaran di Perlis, dan kita bercadang untuk meneruskannya setiap tahun. Selain memeriahkan sambutan, ia juga mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat,\” katanya.

Melihat kepada sambutan luar biasa, Mohd Ridzuan turut mencadangkan agar projek tersebut dijadikan sebagai pertandingan di peringkat DUN pada masa hadapan.

“Kalau sambutannya begini meriah, mungkin kita boleh adakan pertandingan di peringkat DUN. Raya bukan untuk bersedih, tetapi untuk diraikan dengan kegembiraan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran projek itu.

Majlis tersebut dihadiri lebih 500 penduduk setempat yang teruja melihat kilauan pelita panjut serta persembahan bunga api, menjadikan Kampung Jelempok penuh dengan cahaya dan semangat Aidilfitri yang meriah.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...