Home Nasional Projek naik taraf Masjid Jamek Kuching muka awal tahun depan
Nasional

Projek naik taraf Masjid Jamek Kuching muka awal tahun depan

Projek naik taraf Masjid Jamek Kuching muka awal tahun depan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan model menara Masjid Jamek

KUCHING, 26 Julai- Projek pengindahan Masjid Jamek Kuching akan bermula awal tahun depan.

Projek naik taraf itu melibatkan pembinaan empat menara besar dan dua menara kecil.

Menara utama akan dibina setinggi 75 meter manakala menara kecil setinggi 65 meter berkonsep tenaga hijau yang dilengkapi panel solar dan lampu rendah tenaga.

Pembinaan \’minaret\’ itu mengambil konsep Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Hagia Sophia di Turkiye.

Hadir bagi merasmikan model menara Masjid Jamek, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Bagi Duta Besar Republik Turkiye di Malaysia, Emir Salim Yuksel menjadi satu kebangaan baginya kerana memilih senireka masjid negaranya dalam naiktaraf masjid jamek Sarawak.

Beliau ditemui media selepas hadir bersama majlis pelancara model menara itu di Kuching petang tadi.

Emir Salim Yuksel sebelum itu turut menyertai Premier Sarawak menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kuching.

Related Articles

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian
Nasional

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan -Foto BERNAMAVIENTIANE, 11 Oktober– Pendekatan diplomatik...

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA
Nasional

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/FailKLANG, 11...

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela
Nasional

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela

Foto Fail/BERNAMASEREMBAN, 11 Oktober– Nasib kanak-kanak bawah Global Ikhwan Services and Business...

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja
Nasional

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada...