Home Nasional Projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dipercepat – Anwar
Nasional

Projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dipercepat – Anwar

Projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dipercepat – Anwar

Foto BERNAMA

PASIR MAS, 3 Ogos- Malaysia akan terus memfokuskan pembangunan ekonomi khususnya di kawasan bersempadan dengan Thailand iaitu di kawasan selatan negara jiran berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antara tumpuan, mempercepat kemajuan projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok.

\”Sebelum ini kita telah bertemu di Sadao dan Bukit Kayu Hitam dan alhamdulillah ada kemajuan dan hari ini kita putuskan untuk menyegerakan pelaksanaan jambatan baharu Rantau Panjang-Sungai Golok..dan kita telah mempercepatkan pembangunan pembersihan muara Sungai Golok.

\”Ia membantu rakyat selatan dan juga di Kelantan untuk bantu banjir dan beberapa projek,\” katanya dalam sidang media khas bersama Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di sini.

Dalam pada itu, Srettha menyambut baik perbincangan dua hala yang berlangsung bersama-sama Anwar.

Antaranya melibatkan kemajuan menaik taraf jambatan Rantau Panjang- Sungai Golok serta kerja pembersihan muara Sungai Golok

Tambahnya, ia hasil kesepakatan serta jalinan persahabatan kedua-dua negara.

Malah,beliau turut berharap agar lebih banyak kerjasama pada masa hadapan.

\”Kedua kami (Malaysia-Thailand) berbincang mengenai (zon) ekonomi khas untuk diusahakan bersama.

\”Menerusi siri pertemuan akan datang, Perdana Menteri (Anwar) akan berbincang mengenai langkah seterusnya bagi industri makanan halal dan perladangan getah,\” katanya.

BERITA BERKAITAN:

  • PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok hari ini

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....