Home Nasional Projek MVV 2.0 disasar jadi metropolis taraf dunia
Nasional

Projek MVV 2.0 disasar jadi metropolis taraf dunia

Projek MVV 2.0 disasar jadi metropolis taraf dunia

Majlis Pecah Tanah MVV City di Seremban / FOTO RTM

SEREMBAN, 17 Disember- Projek Malaysia Vision Valley (MVV) 2.0 disasar menjadi metropolis bertaraf dunia dengan sistem rangkaian infrastruktur pintar, selamat dan mampan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, lokasinya yang strategik berdekatan dengan lebuh raya utama termasuk KLIA serta berpotensi bagi laluan pengangkutan moden seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

MVV 2.0 merupakan pembangunan projek katalis yang signifikan dengan meletakkan Negeri Sembilan sebagai salah satu pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dan serantau pada masa akan datang.

\”Meliputi daerah Seremban dan Port Dickson berkeluasan kira- kira 153,000 hektar, MVV 2.0 berpotensi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan inovatif.

\”HSR dilihat dapat menjadi pemangkin transformasi sosio-ekonomi dengan menghubungkan kita semua kepada pasaran serantau dan global, mewujudkan kelompok ekonomi yang dinamik serta membuka peluang baharu untuk perdagangan dan pelaburan,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Majlis Pecah Tanah MVV City di Seremban.

Projek MVV City merangkumi beberapa sektor pembangunan termasuk perumahan, komersial dan industri, serta pusat pendidikan dan inovasi.

MVV City boleh diiktiraf sebagai bandar raya bersepadu pertama dalam kawasan MVV2.0 dengan skala yang besar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....