Home Nasional Projek Madu Kelulut: UniMAP guna teknologi IoT
Nasional

Projek Madu Kelulut: UniMAP guna teknologi IoT

Projek Madu Kelulut: UniMAP guna teknologi IoT

Foto RTM

KANGAR, 5 April- Projek Madu Kelulut menggunakan teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT) merupakan salah satu projek penyelidikan translasional yang diberikan geran Program Pendayaan Komuniti@UniMADANI oleh Kementerian Kewangan.

Menerusi geran sebanyak RM100,000 oleh Kementerian Kewangan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melaksanakan Projek Madu Kelulut melibatkan penduduk di beberapa kampung termasuk Kampung Telaga Nyior Manis dan Kampung Guar Ujung Batu.

Menurut Ketua Projek Madu Kelulut UniMAP, Profesor Madya Dr. Muhamad Khairul Ali Hassan, projek itu melibatkan pemasangan sarang madu kelulut kepada 100 peserta bagi memastikan peningkatan ekonomi masyarakat setempat menerusi hasil inovasi penyelidik universiti.

Elemen teknologi IoT yang digunakan turut dapat membantu peserta untuk memantau kualiti penghasilan madu kelulut yang dihasilkan dengan sasaran pendapatan setiap peserta sebanyak RM2,000 setiap bulan.

“Kelulut mengambil masa untuk menghasilkan madu. Untuk projek kelulut, bukan sekadar madu sahaja; UniMAP turut mengajar penduduk setempat yang menyertai program itu cara untuk meningkatkan pendapatan.

\”Antaranya termasuk menjual madu sendiri, menghasilkan koloni baharu, dan melalui koloni baharu ini juga, penduduk dapat menjana pendapatan sampingan,” katanya.

Beliau ditemui media di Projek Madu Kelulut Kampung Telaga Nyior Manis, Utan Aji dimana melibatkan seramai 33 peserta dengan peruntukan sebanyak RM60,000.

Projek yang bermula sejak Disember 2024 lalu, kini mula menampakkan hasil setelah peserta terlibat mula memperolehi madu kelulut dan dipasarkan kepada penduduk sebagai sumber pendapatan.

Selain Projek Madu Kelulut, UniMAP turut menggerakkan Projek Pemprosesan dan Penghasilan Baja Kompos dari Sisa Organik, Projek Penghasilan Jus Kordial Mangga Harum Manis dan Projek Penghasilan Bongkah Cendawan di bawah geran Program Pendayaan Komuniti@UniMADANI berjumlah RM500,000.

Related Articles

Warga emas maut, tiga OKU cedera dalam kebakaran rumah
Nasional

Warga emas maut, tiga OKU cedera dalam kebakaran rumah

Foto Ihsan JBPM MARANG, 8 April– Seorang wanita warga emas maut manakala...

Banjir Johor, Sabah beransur pulih
Nasional

Banjir Johor, Sabah beransur pulih

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Keadaan banjir di Johor dan Sabah tidak...

Misteri penemuan rangka manusia di Kampung Bukit Abal
Nasional

Misteri penemuan rangka manusia di Kampung Bukit Abal

Foto Ehsan PDRMPASIR PUTEH, 8 April – Penemuan mengejutkan berlaku semalam apabila...

Kes buli MRSM: Polis buka kertas siasatan
Nasional

Kes buli MRSM: Polis buka kertas siasatan

Foto FailNIBONG TEBAL, 8 April – Satu kertas siasatan dibuka berhubung insiden...