Friday , 20 September 2024
Home Nasional Program WAR MARA-SPRM, kongsi mesej anti rasuah kepada generasi muda
Nasional

Program WAR MARA-SPRM, kongsi mesej anti rasuah kepada generasi muda

Program WAR MARA-SPRM, kongsi mesej anti rasuah kepada generasi muda

Foto FB SPRM

LENGGONG, 23 Julai– Program Wira Anti Rasuah (WAR) meneruskan jelajahnya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong, Perak pada Isnin lalu.

Program anjuran bersama Unit Integriti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Cawangan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlangsung selama sehari itu disertai seramai 598 pelajar.

Program di peringkat akar umbi itu adalah satu inisiatif dalam mendekati generasi muda, membanteras rasuah dari bangku persekolahan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Nazli Rasyid Sulong dalam ucapannya menekankan bahawa pendidikan adalah alat yang paling berkuasa untuk memerangi rasuah.

Beliau turut menyeru para pelajar untuk mendalami pengetahuan tentang bahaya rasuah selain berani menegakkan kebenaran dan keadilan.

\”Rasuah adalah satu ancaman yang merosakkan integriti, membantutkan pembangunan, dan mencemarkan nama baik negara. Usaha memerangi rasuah haruslah dimulakan dari peringkat akar umbi iaitu dalam kalangan generasi muda kita,\” ujar Nazli.

Beliau turut menegaskan bahawa program WAR yang dijalankan adalah selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang diluncurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Mei 2024 lalu, menekankan pendedahan dalam sektor pendidikan sebagai salah satu strategi utama dalam membanteras rasuah di Malaysia.

Program WAR yang merupakan \’brainchild\’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula sejak tahun 2014, bertujuan mendidik pelajar mengenai bahaya rasuah serta memupuk nilai integriti dalam kehidupan seharian mereka.

Sehingga kini, program tersebut telah dijalankan di 174 sekolah dan melibatkan hampir 32,000 murid serta lebih 4,000 guru di seluruh negara.

Beliau optimis program itu akan membawa perubahan positif kepada para pelajar dan masyarakat sekitar.

MRSM Lenggong, Perak merupakan MRSM ke-28 dalam siri Jelajah WAR SPRM.

Majlis Perasmian WAR MRSM Lenggong disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM,Timbalan Pesuruhjaya (TPj) Nazli Rasyid Sulong.

Turut hadir, Encik Ahmad Sofi Abdullah dari Unit Integriti MARA dan Puan Zurina Sukadis, Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik, MRSM Lenggong, Perak.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...