Home Nasional Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KULIM, 15 Mac – Jabatan Imigresen (JIM) dalam proses untuk melanjutkan Program Repatriasi Migran yang dijadualkan tamat pada 31 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jabatan berkenaan sedang mendapatkan persetujuan Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan pendekatan kompaun kepada pendatang tanpa izin berbanding pendakwaan.

“Jadi ini alternatif yang kita ambil supaya mereka (pendatang tanpa izin) mendapat pilihan yang lebih manusiawi, mereka boleh balik (ke negara asal) untuk sambut Aidilfitri.

“Mereka bayar kompaun dan kita hantar balik. Jadi sekarang ini program semasa akan tamat pada 31 Mac, kita ke arah melanjutkannya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Kampung Permatang Tok Dik di sini, malam tadi.

Saifuddin Nasution berkata di bawah program itu, warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen hanya perlu tampilkan diri dan membayar kompaun sebelum dihantar pulang.

“Kalau mereka berada di sini, kalau pasukan penguat kuasa imigresen buat operasi, mereka ditangkap dan akan berakhir di depoh… masuk tanpa dokumen, salah guna pas lawatan dan tinggal lebih masa semuanya kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata tahun lepas, kerajaan berjaya mengutip bayaran kompaun sebanyak RM120 juta melalui Program Repatriasi Migran. – BERNAMA

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...