Home Nasional Program Jualan Semarak Ramadan tarik lebih 2,000 pengunjung
Nasional

Program Jualan Semarak Ramadan tarik lebih 2,000 pengunjung

Program Jualan Semarak Ramadan tarik lebih 2,000 pengunjung

Program Jualan Semarak Ramadan yang diadakan di Pasar Tani Kekal Simpang Empat, Kangar, Perlis mendapat sambutan menggalakkan / Foto RTM

KANGAR, 1 Mac – Program Jualan Semarak Ramadan yang diadakan di Pasar Tani Kekal Simpang Empat, di sini mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 2,000 pengguna memanfaatkan tawaran harga rendah bagi persiapan bulan Ramadan.

Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu menawarkan diskaun antara 10 peratus hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran bagi pelbagai barangan keperluan, termasuk daging tempatan, Set Kombo Madani, dan telur ayam.

Menurut Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan program jualan itu melibatkan 36 usahawan dengan nilai jualan disasarkan sebanyak RM25,000.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu pengguna mendapatkan keperluan dengan harga lebih murah, tetapi juga memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk meningkatkan pendapatan menerusi jualan produk segar dan makanan sempena Ramadan.

“Selain itu, program ini turut berfungsi sebagai platform pemasaran bagi produk agromakanan, hasil pertanian dan industri asas tani secara langsung kepada pengguna,” katanya ketika ditemui di program berkenaan.

Sepanjang tahun 2024, nilai jualan direkodkan di Pasar Tani Kekal Simpang Empat mencecah RM1.5 juta, manakala bagi tahun 2025, sasaran ditetapkan sebanyak RM1.6 juta.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...