Home Nasional Program 2TM: Inovasi, inisiatif jabatan agama diperkenalkan
Nasional

Program 2TM: Inovasi, inisiatif jabatan agama diperkenalkan

Program 2TM: Inovasi, inisiatif jabatan agama diperkenalkan

Foto JAKIM

KUALA LUMPUR, 23 November- Beberapa inovasi dan inisiatif daripada 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diperkenalkan di reruai Pavilion Al-Falah bersempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hassan, menyatakan bahawa pameran kali ini menampilkan robot dan hologram sebagai medium penerangan yang berkesan mengenai khidmat serta fungsi agensi-agensi Islam.

Selain itu, aplikasi digital dan pameran maklumat berkaitan agensi turut diperkenalkan.

\”Pavilion Al-Falah turut mengedarkan naskhah al-Quran secara percuma serta Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam.

\”Agensi Hal Ehwal Agama juga menyediakan beberapa perkhidmatan kepada pengunjung, termasuk konsultasi, khidmat nasihat, dan runding cara,\” katanya menerusi perkongsian di laman sosialnya.

Dalam lawatannya ke reruai tersebut, Zulkifli turut mencuba simulasi haji dan umrah menggunakan teknologi Realiti Maya (VR) yang dibangunkan oleh Tabung Haji.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....