Home Nasional Produk "Ham and Cheese Sandwich" di UM tidak miliki sijil halal – JAKIM
Nasional

Produk "Ham and Cheese Sandwich" di UM tidak miliki sijil halal – JAKIM

Produk "Ham and Cheese Sandwich" di UM tidak miliki sijil halal – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa produk "Ham and Cheese Sandwich" yang dijual di sebuah premis di Universiti Malaya (UM) tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 13 Januari – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa produk \”Ham and Cheese Sandwich\” yang dijual di sebuah premis di Universiti Malaya (UM) tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Pengesahan itu dibuat selepas pemeriksaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu di kilang syarikat yang menghasilkan produk tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati syarikat tersebut bukan pemegang SPHM.

\”Tindakan undang-undang telah diambil oleh KPDN terhadap syarikat berkenaan kerana mencetak logo halal Malaysia pada label produk, yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) dan Perintah Perihal Dagangan,\” menurut JAKIM menerusi kenyataan.

Produk tersebut menjadi perhatian selepas status halalnya diragui dan isu tersebut tular di media sosial.

JAKIM turut menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak mengenai perkara tersebut.

\”JAKIM mengingatkan pengguna untuk sentiasa menyemak status halal produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal bagi memastikan kesahihan sijil halal sesuatu produk,\” tambah JAKIM.

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...