Saturday , 8 February 2025
Home Nasional PRK Mahkota: Pengundi pilih wakil rakyat hari ini
Nasional

PRK Mahkota: Pengundi pilih wakil rakyat hari ini

PRK Mahkota: Pengundi pilih wakil rakyat hari ini

Foto Fail: BERNAMA

KLUANG, 28 September– Seramai 61,274 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini, bagi memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Tepat 8 pagi ini, 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran akan dibuka untuk proses pengundian sebelum semuanya ditutup serentak pada 6 petang.

Undi awal bagi PRK itu telah berlangsung pada Selasa (24 Sept) melibatkan 4,437 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, serta polis di tiga pusat mengundi awal, selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengeluarkan 607 undi pos pada 15 Sept.

Secara keseluruhannya terdapat 66,318 pengundi bagi DUN Mahkota dengan majoritinya pengundi Melayu iaitu 56 peratus disusuli pengundi Cina (34 peratus), pengundi India (lapan peratus) dan bakinya lain-lain.

PRK DUN Mahkota melibatkan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

Kedua-dua calon juga akan mengundi iaitu Syed Hussien, 40, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, manakala Mohamad Haizan, 61, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu.

PRK DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang, diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos.

Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022 menyaksikan Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Ini adalah PRK keempat tahun ini, selepas PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor, PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang dan PRK DUN Nenggiri di Kelantan. – BERNAMA

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...