Saturday , 8 February 2025
Home Nasional PRK Mahkota: Pengundi awal tunai tanggungjawab hari ini
Nasional

PRK Mahkota: Pengundi awal tunai tanggungjawab hari ini

PRK Mahkota: Pengundi awal tunai tanggungjawab hari ini

Petugas SPR melakukan persiapan akhir sebelum proses pengundian awal / Foto BERNAMA

KLUANG, 24 September – Seramai 4,911 pengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan menunaikan tanggungjawab hari ini.

Daripada jumlah itu, 4,510 adalah tentera dan pasangan, manakala bakinya ialah polis.

Proses pengundian berlangsung di tiga pusat mengundi.

Ia melibatkan Dewan Mahkota di Kem Mahkota; Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim.

Semua pusat mengundi dibuka mulai pukul 8.00 pagi dan ditutup pada 5.00 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca di bandar Kluang baik pada pagi ini, sebelum ribut petir dijangka melanda di sebelah petang.

PRK Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional, Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang mempunyai keseluruhan 66,318 pengundi dengan 20 pusat mengundi akan dibuka Sabtu ini.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...