Home Nasional Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang

KUALA LUMPUR, 12 Mac– Berdasarkan akaun pengurusan tahun 2024, syarikat-syarikat milikan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menunjukkan prestasi kewangan kukuh.

Dianggarkan jumlah keseluruhan keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat aktif milikan Majlis Amanah Rakyat (MARA), FELCRA Berhad, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah adalah sebanyak RM259.97 juta.

Bagaimanapun, Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang berkata terdapat beberapa buah syarikat turut mencatatkan kerugian bernilai RM47.81 juta.

\”KKDW komited memperkemaskan tadbir urus korporat dan kemampanan syarikat milikan agensi di bawah KKDW dengan langkah proaktif melalui penetapan Petunjuk Prestasi Utama dan pemantauan yang berterusan\”, katanya ketika menjawabsoalan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara.

Sementara itu, tujuh Petunjuk Prestasi Utama ditetapkan KKDW bagi memperkemas tadbir urus syarikat diperkenal termasuk mewujudkan Pelan Antirasuah Organisasi dan Unit Pengurusan Risiko.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...