Home Nasional Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana hari ini / BERNAMA

PUTRAJAYA, 16 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana sempena lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

Jamuan itu diadakan selepas pertemuan dua hala antara kedua-dua pemimpin yang membincangkan pelbagai bentuk kerjasama serta isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Perdana Menteri dan Presiden China turut menyaksikan pertukaran 31 dokumen melibatkan Memorandum Persefahaman, Perjanjian dan Nota antara 13 kementerian dari kedua-dua negara.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama anggota Jemaah Menteri.

Terdahulu, Presiden Xi diberi sambutan negara dan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara, sebelum menghadiri Jamuan Negara yang dianjurkan oleh Seri Paduka Baginda.

Lawatan negara Presiden Xi selama tiga hari itu adalah atas undangan rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....