Home Nasional Presiden UMNO, ucap takziah kepada keluarga Siti Zaharah
Nasional

Presiden UMNO, ucap takziah kepada keluarga Siti Zaharah

Presiden UMNO, ucap takziah kepada keluarga Siti Zaharah

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook menyifatkan allahyarham merupakan seorang wanita hebat, kental dalam menghadapi segala cabaran dan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1996.

\”…saya menyaksikan aura seorang pemimpin yang menerajui perjuangan institusi Wanita UMNO Malaysia ketika itu dengan jayanya.

\”Allah sayang kau, kak. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh,\” katanya menerusi hantaran itu.

Beliau turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan tabah dalam menghadapi ujian itu.

Related Articles

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat
Nasional

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat

Foto RTMKANGAR, 8 Disember – Seramai 300 sukarelawan terdiri pelajar Universiti Teknologi...

Lebih 600 sertai JKR Rando  Kuching Fun Run 2024
Nasional

Lebih 600 sertai JKR Rando Kuching Fun Run 2024

Foto RTMKUCHING, 8 Disember-Lebih 600 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) seluruh Sarawak...

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 8 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri terus...

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad
Nasional

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad

KPKT progresif tutup 2,634 tapak pelupusan sampah haram tahun 2024NILAI, 7 Disember...