Wednesday , 16 April 2025
Home Nasional Presiden China diberi sambutan negara
Nasional

Presiden China diberi sambutan negara

Presiden China diberi sambutan negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengiringi Presiden China, Xi Jinping di Istana Negara, hari ini./ Foto BERNAMA

ISTANA NEGARA, 16 April- Presiden China, Xi Jinping, diberikan sambutan negara dengan penuh istiadat di Istana Negara hari ini sempena lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ketibaan Xi pada pukul 10.30 pagi disambut Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden China itu turut disambut dengan penuh adat menerusi persembahan Tarian Selamat Datang oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, sebagai simbol penghormatan terhadap kehadiran beliau.

Beliau kemudiannya diiringi untuk menandatangani buku pelawat Istana Negara, sebelum dibawa ke lobi utama bagi diperkenalkan secara rasmi kepada barisan menteri kabinet Kerajaan MADANI.

Selepas istiadat rasmi, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Xi di Dewan Seri Maharaja bagi sesi pertemuan antara kedua-dua pemimpin bersama delegasi masing-masing.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menjadi tuan rumah Majlis Jamuan Negara bagi meraikan Presiden China itu dan delegasinya.

Lawatan kali ini menandakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjunganterakhir pada Oktober 2013.

Wisma Putra memaklumkan Xi dijadual bertemu Perdana Menteri petang ini bagi membincangkan kerjasama dua hala serta isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Related Articles

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia
Nasional

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia

Foto Musika- Malaya\’s Early Music Scene From 1900 to 1965KUALA LUMPUR, 16...

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto FailJOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di...

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah ZainordinKUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk...

Cakna pengezonan kawasan kediaman, elak kejadian luar jangka
Nasional

Cakna pengezonan kawasan kediaman, elak kejadian luar jangka

Prof Madya Dr Mohd Johari Mohd YusofKUALA LUMPUR, 16 April- Masyarakat perlu...