Home Nasional Presiden Brazil terima undangan Anwar ke Sidang Kemuncak ASEAN
Nasional

Presiden Brazil terima undangan Anwar ke Sidang Kemuncak ASEAN

Presiden Brazil terima undangan Anwar ke Sidang Kemuncak ASEAN

Luiz Inácio Lula da Silva dan Anwar Ibrahim/Facebook Lula

RIO DE JANEIRO, 18 November- Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva bersetuju menerima undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan di Kuala Lumpur tahun depan sebagai tetamu pengerusi.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Malaysia dan Brazil, Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada Presiden Lula atas undangan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di sini.

Sidang Kemuncak G20 melibatkan 19 negara dan dua kesatuan iaitu Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika, dengan Malaysia dan 16 negara lain seperti Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam turut diundang sebagai negara tetamu.

Kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan ke sidang itu diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tahun 2024 menandakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Putrajaya dan Brasília, yang mana Brazil merupakan rakan perdagangan ke-20 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-29 dan sumber import ke-17 terbesar negara pada tahun lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....