Home Nasional Premis Tamu Desa, beri manfaat kepada penjaja dan peniaga
Nasional

Premis Tamu Desa, beri manfaat kepada penjaja dan peniaga

Premis Tamu Desa, beri manfaat kepada penjaja dan peniaga

Foto Fail

KOTA KINABALU, 31 Oktober-Pembinaan premis Tamu Desa yang dilaksana di Sabah dan Sarawak memberi manfaat kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata pihaknya menerima banyak permohonan daripada wakil rakyat di kedua-dua negeri termasuk daripada persatuan penjaja dan peniaga kecil,meminta agar kemudahan lebih baik disediakan untuk penjaja dan peniaga kecil di kawasan terlibat.

“Diharapkan pada tahun hadapan kita dapat meneruskan pelaksanaan premis Tamu Desa seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengambil kira permintaan kita dan seterusnya membentangkan sejumlah peruntukan yang boleh digunakan untuk meneruskan pelaksanaan premis Tamu Desa pada tahun depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat berkata RM100 juta disediakan bagi membina gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di bawah pihak berkuasa tempatan seluruh negara, menyediakan ruang niaga kepada penjaja kecil Tamu Desa Sabah dan Sarawak, serta menaik taraf kemudahan perniagaan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ewon berkata Fasa 1 pembinaan baharu dan naik taraf 36 projek Tamu Desa di seluruh Sabah telah siap bulan ini selain KUSKOP juga telah menyerahkan Surat Kuasa Pelaksanaan kepada pegawai daerah dan penolong pegawai daerah untuk pembinaan 18 buah projek Tamu Desa di negeri itu.

Beliau berkata beberapa wakil rakyat dari Semenanjung juga telah menyatakan minat kepada KUSKOP untuk membawa program Tamu Desa ke kawasan mereka bagi membantu penduduk di luar bandar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....